Pas pertahan masyarakat majmuk - Utusan Malaysia

Pas pertahan masyarakat majmuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas menegaskan tindakannya mempertahankan masyarakat majmuk bukan untuk bermain politik sebaliknya kerana ia merupakan petunjuk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun memiliki sayap bukan Islam dalam Pas di samping muafakat dengan parti teras masyarakat Melayu iaitu UMNO, namun parti itu tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum lain.

“Pas menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini, dan kita tidak berganjak mempertahankan Islam memimpin dengan semangat tema yang

Memuatkan artikel berkaitan…

diteruskan.

“Terpenting, kita wajib membina sahsiah dengan petunjuk Islam, menunjukkan model integriti yang tinggi, walaupun setiap manusia ada sifat kelemahan makhluk, melakukan kesalahan dan dosa, tetapi syarat Islam yang memimpin diwajibkan itu hendaklah dipertahankan, kerana Islam menjadi syarat wajib semua amalan itu diterima Allah,” katanya dalam ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.

Dalam perkembangan sama Abdul Hadi menjelaskan rahsia kenapa parti itu memulakan ta’awun dengan umat Islam terlebih dahulu tanpa membelakangi kaum lain dalam masyarakat majmuk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini