Pas komited perjuang Malaysia bebas rasuah - Utusan Malaysia

Pas komited perjuang Malaysia bebas rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Berdepan dengan pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), Pas terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berdaya saing dengan kritikan membina sepertimana yang ditunjukkan parti itu selama ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, segala pertuduhan rasuah dan pecah amanah perlu disiasat dan didakwa di mahkamah secara adil oleh para hakim, bukannya dibicarakan di ‘mahkamah media’ oleh para menteri.

Jelasnya, parti itu bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil sepanjang pemerintahan Pas di Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, bukannya seperti PH ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam hal ini, Pas mengulangi saranan agar satu penilaian bebas dan menyeluruh dibuat melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa PAC Parlimen bagi meneliti setiap laporan dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM).

“Usaha ini demi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi di pihak Lembaga Tabung Haji, Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi ekonomi Bumiputera yang terpenting,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini