NAP mungkin cetuskan ketidaktentuan sektor automotif - Utusan Malaysia

NAP mungkin cetuskan ketidaktentuan sektor automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Dasar Automotif Nasional (NAP) yang akan datang boleh mencetuskan ketidaktentuan dalam sektor automotif tempatan memandangkan ia mungkin melibatkan langkah-langkah untuk menyokong cadangan kereta nasional ketiga, menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun perancangan masih belum jelas ketika ini, ia menegaskan bahawa landskap semasa akan berubah sekiranya terdapat insentif penting bagi model kereta nasional baharu, dalam bentuk cukai atau hala­ngan bagi bukan warganegara.

“Mungkin juga wujud isu persaingan dengan dua kereta nasional sedia ada, yang berada dalam segmen terendah dalam pasaran, dan menyumbang separuh daripada jumlah keluaran industri (TIV).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan berita memetik badan-badan kerajaan membayangkan bahawa prototaip itu mungkin tersedia pada separuh pertama tahun ini, dengan kemungkinan pelancaran pada tahun depan, walaupun tidak banyak perkembangannya diumumkan setakat ini,” kata MIDF Research dalam nota kajiannya hari ini.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, TIV Perodua mencatat satu lagi rekod tahun ini dengan unjuran 241,000 buah atau pertumbuhan enam peratus tahun ke tahun, didorong terutama oleh model Aruz.

Pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) sulung Perodua dan Proton kini memacu pe­ningkatan bermakna dalam penguasaan pasaran kereta nasional memandangkan model ini merapatkan jurang penting dalam gabungan model mereka.

SUV X70 Proton dilancarkan pada Disember 2018 manakala SUV Perodua Aruz dilancarkan pada 19 Januari, pada harga antara RM100,000-RM124,000 dan RM73,000-RM78,000 sebuah.

Kedua-dua model ini berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai bahagian pasaran dari segmen bukan nasional C dan segmen B sedan serta Segmen B SUV. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini