Kecelaruan kiblat politik PH - Utusan Malaysia

Kecelaruan kiblat politik PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Rakyat sedang menyaksikan kecelaruan kiblat politik dan ekonomi di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini gagal mengemukakan idea dan gagasan bernegara mengikut acuan Islam sebenar.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terlalu panjang untuk disenaraikan kelemahan-kelemahan kerajaan PH itu yang hanya tahu menyalahkan pihak lain atau menjenamakan dan menghidupkan kembali program kerajaan terdahulu yang dikritik mereka.

Justeru, kata beliau, tidak hairanlah apabila ada yang menggelar mereka sebagai kerajaan yang lemah dan kakistokrasi (tidak boleh diharap).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cukuplah rakyat menilai pembohongan PH terhadap janji manifesto yang belum tertunai, penipuan ijazah akademik dalam kalangan nenteri, kebisuan terhadap pihak yang menghina kesucian Islam dan Baginda Nabi S.A.W.

“Di samping kegagalan mereka menguruskan ekonomi bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup yang sedang ditanggung rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini