Miyoshi cerahkan peluang Jepun - Utusan Malaysia

Miyoshi cerahkan peluang Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO ALEGRE – Dua gol daripada Koji Miyoshi membantu Jepun mendapatkan satu mata berharga apabila mengikat Uruguay 2-2 dalam aksi Copa America, semalam.

Jaringan Miyoshi meletakkan Jepun di depan sebelum Uruguay menyamakan kedudukan menerusi penalti kontroversi Luis Suarez dan tandukan penyamaan Jose Gimenez.

Keputusan seri itu menghidupkan peluang Jepun untuk melepasi Kumpulan C dengan baki satu perlawanan bertemu Ecuador. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini