Pas, UMNO serius sedia barisan pembangkang yang berkesan dan konstruktif - Utusan Malaysia

Pas, UMNO serius sedia barisan pembangkang yang berkesan dan konstruktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Gabungan kerjasama antara Pas dan UMNO serius dan cukup komited dalam menyediakan barisan pembangkang yang berkesan serta konstruktif bagi ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan politik semak dan imbang itu akan membantu kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara yang cemerlang.

“Pas dan UMNO juga serius menyediakan barisan kepimpunan baharu sebagai alternatif kerajaan huyung hayang kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Takiyuddin berkata, Pas yakin lebih banyak kesefahaman berbanding perbezaan yang dapat dicapai antara kerjasama parti itu dan UMNO.

Beliau dalam pada itu berkata, perubahan besar kepimpinan negara selepas pilihan raya umum lalu bukan suatu yang mengasyikkan sebaliknya nampak jelas akan membencanakan negara.

“Malaysia baharu kini boleh dikatakan bertukar menjadi Malaysia haru biru dan kita khuatir apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung pula keciciran,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini