Halil Chik lumpuh sebelah kanan diserang angin ahmar - Utusan Malaysia

Halil Chik lumpuh sebelah kanan diserang angin ahmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular era 70-an, Halil Chik dikejarkan ke Hospital Ampang pada malam Rabu apabila diserang angin ahmar sewaktu hendak bangun dari katil di rumahnya.

Halil, 70, yang mempunyai rekod masalah darah tinggi sebelum ini mengalami lumpuh di sebelah kanan badannya akibat serangan berkenaan.

Berita itu disahkan oleh rakan rapatnya, Datuk Tommie Tumiran yang bertanggungjawab membawa penyanyi yang popular dengan lagu Lenggang Mak Limah itu ke hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menerima panggilan daripada anaknya pada malam Rabu yang mengatakan Halil terjatuh dari katil dan tidak boleh bergerak.

“Saya terus memecut ke rumahnya untuk membawa dia ke hospital kerana tahu dia tidak mempunyai kenderaan,”katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Tommie, sebulan yang lalu, Halil sudah dimasukkan ke hospital sama kerana masalah darah tinggi yang mencecah lebih 200 namun dia tidak mahu dimasukkan ke wad dan ingin berehat di rumah sahaja.

Buat masa sekarang, keadaan Halil stabil dan berdasarkan pemeriksaan yang dibuat oleh doktor, tiada pendarahan yang berlaku di otaknya akibat serangan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini