Pelajar SMK Binjai maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pelajar SMK Binjai maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai maut selepas motosikal Yamaha Ego S ditunganginya bergesel dengan sebuah lori Nissan di Kilometer 5, Jalan Chukai – Air Putih berhampiran Masjid Binjai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 petang itu, Muhammad Baihaqi Adam Mahadi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian perut.

Rakannya, Wan Muhammad Firdaus Wan Mohd. Taib, 16, yang membonceng motosikal tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua remaja itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Taman Teja Murni, Binjai dari bandar Chukai di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Ego S yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan telah cuba memotong sebuah lori tanpa muatan di hadapannya yang membrek kerana mahu memasuki persimpangan di sebelah kanan jalan.

“Motosikal tersebut kemudiannya dikatakan bergesel di bahagian kanan lori terbabit sebelum Muhammad Baihaqi tercampak masuk ke bahagian dalam lori berhampiran tayar paling belakang,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini