ANKARA 20 Jun – Mahkamah Turki hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 151 orang yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa di negara ini pada 2016.
Mahkamah di Sincan, wilayah Ankara menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup lebih berat kepada 128 orang iaitu mereka terpaksa tinggal dalam penjara dengan keadaan yang sangat teruk.
Seramai 23 orang lagi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup normal. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











