Keanggotaan pasukan petugas kaji laporan Suhakam diumum minggu depan - Utusan Malaysia

Keanggotaan pasukan petugas kaji laporan Suhakam diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG- Kerajaan akan mengumumkan nama kenggotaan pasukan petugas khas bagi mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joon pada minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, ketika ini, pihaknya sudah mempunyai senarai nama itu dan sedang menentukan bahawa individu terbabit tidak berat sebelah selain mempunyai kelayakan diperlukan.

“Ini bagi menentukan laporan itu nanti tidak berat sebelah ataupun mahu melindungi, sebab itu kita ambil sedikit masa dan saya akan umumkan dalam tempoh terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah mempunyai senarai nama, namun tidak boleh diumumkan ketika ini memandangkan perlu merujuk nama yang dicadangkan itu dengan badan-badan tertentu sama ada mereka bersetuju atau tidak,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kementerian, Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri sini tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara, Tommy Thomas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini