Noorul diterbangkan helikopter ke hospital - Utusan Malaysia

Noorul diterbangkan helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI 19 Jun – Seorang pemandu teksi Pakistan yang mempu­nyai berat 330 kilogram terpaksa dibawa menggunakan helikopter tentera ke Lahore bagi mendapatkan rawatan, susulan masalah berat berlebihan yang dialaminya.

Portal berita Dawn melaporkan, Noorul Hassan yang tinggal di Mohallah Islampura dekat Sadiqabad sebelum ini memohon kepada Ketua Turus Tentera Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa untuk mendapatkan rawatan berhubung masalah kesihatannya.

Penolong Pesuruhjaya Sadi­qabad, Kashif Dogar memaklumkan bahawa, Noorul, 55, tidak boleh dibawa menggunakan ambulans berikutan berat dan saiz badannya yang besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, pemandu tersebut juga hidup dalam keadaan daif di sebuah rumah kecil.

Ketika diselamatkan, pasukan keselamatan terpaksa memecahkan pintu utama dan dinding rumah Noorul untuk mengeluarkannya.

Dia kemudiannya diletakkan di atas sebuah trak mini dan dibawa ke sebuah padang bola untuk menaiki helikopter.

Sebelum itu, helikopter ber­kenaan terpaksa mendarat di Multan sebelum menuju ke Sa­diqabad ekoran cuaca buruk.

Seorang pakar bedah, Dr. Maazul Hassan akan merawat Noorul bagi mengatasi masalah berat badannya.

Sementara itu, ahli keluarga Noorul mengedarkan manisan kepada jiran tetangga mereka bagi meraikan ‘kejayaan’ lelaki itu dibawa ke Lahore untuk dirawat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini