BERLIN – Sepasang suami isteri di Jerman dikritik selepas meminta orang ramai membiayai percutian mereka yang dianggarkan berharga €10,108 (RM47,165), lapor akhbar Metro.co.
Catalin Onc yang berusia dalam lingkungan 20-an dan isterinya, Elena Engelhardt tinggal di rumah ibu lelaki tersebut.
Mereka meminta sumbangan daripada netizen bagi tujuan amal kerana mahu menyertai kembara berbasikal dari Jerman ke Afrika untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan mental.
Ibu Catalin melakukan dua pekerjaan untuk menanggung anak dan menantunya.
Pasangan suami isteri itu menubuhkan sebuah tabung derma awam di laman GoFundMe dan memberitahu, usaha untuk mendapatkan pekerjaan bukan pilihan buat mereka kerana tidak banyak bidang yang layak diceburi.
Catalin dan Elena berkata, mereka sebenarnya boleh hidup mewah dengan menjadi model tetapi menolak berbuat demikian kerana tidak menyokong fahaman konsumerisme.
Sebaliknya, kedua-duanya meminta 34,000 pengikut laman Instagram mereka supaya menyalurkan derma bagi membiayai pengembaraan tersebut.
Setakat ini, pasangan itu telah mengumpulkan sebanyak €202 (RM943).
“Pada ketika ini, ibu saya membiayai kehidupan kami. Dia melakukan dua pekerjaan dan tidak memiliki wang simpanan yang banyak untuk diri sendiri. Kami tidak meminta wangnya tetapi dia gembira kerana dapat membantu kami,” kata Catalin.
Bercakap tentang motif pengembaraan berbasikal itu, seorang netizen berkata: “Saya menyukai kamu berdua dan mengikuti laman Instagram kamu tetapi saya tidak faham bagaimana ini boleh membantu mereka yang menghidap masalah mental seperti saya?” – Agensi
Albanpix
PAI kotej ini hangus kerana dimasak terlalu lama di dalam ketuhar gelombang mikro.
Albanpix
HIDANGAN pai kotej yang dijual oleh rangkaian pasar raya Sainsbury’s di Britain.
Buffalo Niagara Waterkeeper
Ikan emas bersaiz 35.5 sentimeter ini ditemui berhampiran sebuah loji penapisan air di Sungai Niagara, New York baru-baru ini.
Facebook/Cassie Anderson
ANDERSON bersama seekor ikan emas seberat 9 kilogram yang ditangkapnya di sebuah kolam persendirian di Kentucky.
Albanpix
KYLIE menunjukkan pai yang hangus selepas dimasak selamat 45 minit di dalam ketuhar gelombang mikro.
Another Beautiful Day/Instagram
PASANGAN ini meminta netizen membiayai pengembaraan berbasikal dari Jerman ke Afrika bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit mental.











