41,500 petir sambar Britain - Utusan Malaysia

41,500 petir sambar Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Berpuluh-puluh ribu petir menyambar Britain kelmarin ketika hujan lebat dan ribut melanda beberapa bahagian di negara itu, lapor akhbar Daily Mail.

Sejumlah kediaman terputus bekalan elektrik manakala sebilangan jalan raya di tenggara England digenangi air banjir.

Perkampungan Lenham di Kent menyaksikan 42 milimeter hujan turun dalam masa hanya satu jam antara pukul 11 malam (waktu tempatan) hingga 12 tengah malam kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdapat 41,500 kejadian petir menyambar di perairan Kent ke arah timur laut Perancis termasuk awan ke awan dan awan ke permukaan manakala 358 petir menyambar daerah Kent.

Kira-kira 1,000 kejadian petir pula berlaku di Sussex Timur dalam masa satu jam. – Agensi

PETIR menyambar 
di Jeti Southern sepanjang lebih 1 kilometer di Essex malam kelmarin.

AWAN mendung menutupi langit 
di Oxford, Suffolk kelmarin.

FENOMENA sambaran petir dirakam 
di pekan Seaford, Sussex Timur kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini