Urus niaga rokok seludup melalui lubang khas terbongkar - Utusan Malaysia

Urus niaga rokok seludup melalui lubang khas terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar satu taktik sindiket penyeludupan rokok yang menjadikan premis menjual pakaian terpakai sebagai setor simpanan di Kampung Melayu Majidee di sini pada 3.15 petang tadi.

Kegiatan itu berjaya dihidu PPM Wilayah Dua apabila menemukan satu lubang khas yang digunakan untuk memudahkan mereka menjalankan urus niaga rokok seludup di antara premis pakaian terpakai dengan sebuah kedai runcit.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam serbuan itu, sejumlah 1,590 peket rokok serta mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai RM 16,767 dirampas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan serbuan yang disertai tiga pegawai dan 14 anggota yang menerima maklumat orang awam dan membuat intipan turut berjaya menahan tiga warga tempatan berusia antara 23 hingga 39 tahun.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut juga mendapati premis tersebut menemui lubang khas yang digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan rokok seludup itu di di bahagian belakang premis serta bersambung dengan kedai bersebelahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Paul Khiu menegaskan PPM Wilayah Dua komited membanteras penjualan dan pengedaran rokok tidak sah dan operasi berterusan akan dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini