GENEVA 19 Jun – Pakar hak asasi manusia bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa wujudnya ‘bukti boleh dipercayai’ yang mengaitkan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MBS) dengan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi tahun lalu.
Dalam laporan terbaharu itu, Agnes Callamard menyatakan beliau yakin terdapat bukti kukuh yang memerlukan siasatan lanjut mengenai liabiliti pegawai Arab Saudi termasuklah MBS.
Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus siapakah yang bersalah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesimpulan yang dibuat adalah terdapat bukti kukuh yang membolehkan siasatan lebih lanjut dibuat oleh pihak berkuasa yang sepatutnya,” ujar Callamard. – AFP











