Penulis lirik, Hairul Anuar dan Salimey tetamu Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Penulis lirik, Hairul Anuar dan Salimey tetamu Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Penulis lirik old school sudah tidak boleh cari makan kerana dunia muzik hari ini, seolah-olah tiada ruang untuk penulis lirik berkarya.” Begitu antara perbualan hos Jom Chat dengan penulis lirik, Hairul Anuar Harun ketika bertemu dengannya pada majlis pelancaran single Hari Raya, Salimey Abu Bakar.

Malam ini, Hairul Anuar yang menghasilkan lirik untuk lagu Harapan Raya dendangan Salimey menjadi tetamu jemputan segmen bual santai mingguan yang disiarkan secara langsung, setiap Rabu, 9 malam hingga 10 malam.

Berdurasi selama satu jam, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak turut mengundang pelantun lagu Harapan Raya, Salimey yang berani untuk tampil dengan single kedua yakni terbaharunya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbualan dengan Hairul Anuar yang pernah menghasilkan lirik untuk lagu berjudul Cindai, Hati Kama dan banyak lagi, dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan duet bersama Ratu Ethnik negara, Noraniza Idris yang ketika itu bernaung di bawah label SRC, akan bersambung malam ini menerusi penampilannya dalam Jom Chat.

Manakala Salimey selaku penyanyi pula, akan memberikan pandangannya tentang single hari raya yang didambakannya selama ini walaupun lagu-lagu raya dendangan Allahyarham Biduanita Puan Sri Saloma misalnya, tetap mendapat tempat di stesyen-stesyen radio.

Untuk merungkai persoalan, bagaimanakah Salimey berjaya mendapatkan khidmat Hairul Anuar untuk menghasilkan lirik Harapan Raya, jawapannya biarlah dijawab sendiri oleh Salimey.

Jom Chat dapat ditonton secara langsung di Facebook Utusan Online dengan cara daftar masuk ke FB Utusan Online, like page dan akan mendapat notifikasi apabila Jom Chat live malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini