Taman Eko Rimba Kledang Saiong catat 31,000 pengunjung - Utusan Malaysia

Taman Eko Rimba Kledang Saiong catat 31,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 31,000 orang pengunjung direkodkan telah mengunjungi ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini tahun ini sehingga bulan lalu.

Taman rekreasi yang terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong itu dibuka kepada umum pada tahun 2016 dan menjadi salah lokasi untuk dilawati pelancong apabila berkunjung ke bandar ini.

Kedudukannya yang berhampiran dengan Bandar Meru Raya dan hanya kira-kira lima kilometer dari banda Ipoh selain mudah diakses melalui Lebuh Raya Utara Selatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Perhutanan negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, taman itu juga memainkan peranan bagi mendekatkan orang ramai terhadap ekosistem dan pemeliharaan hutan.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan yang disediakan di taman rimba itu seperti laluan pejalan kaki, trek berbasikal, tapak berkhemah, pondok wakaf dan surau juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang beriadah.

“Kebiasaanya jumlah pengunjung meningkat pada hujung minggu atau hari cuti kelepasan am. Selain riadah, kawasan ini juga dibuka untuk penganjuran majlis seperti perkahwinan.

“Ketika ini bayaran masuk RM2 dikenakan bagi dewasa dan RM1 kanak-kanak, manakala RM5 bagi pelancong asing. Ini termasuk bagi melawat Taman Periuk Kera yang ditanam dengan 77 spesies tumbuhan berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Perak di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini hari ini.

Majlis dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam pada itu kata Mohamed Zin, pihaknya juga merancang untuk menyediakan sistem urusan secara online meliputi permohonan menyewa kawasan di taman rekreasi itu dan membeli tiket masuk.

“Kaedah menerusi aplikasi di telefon pintar itu sejajar dengan trend semasa dan dijangka dapat melonjakkan lagi kehadiran pengunjung ke taman rekreasi ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini