Maritim tahan kapal asing berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Maritim tahan kapal asing berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan sebuah kapal yang berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan empat batu nautika Timur Tanjung Penyusop, dekat sini, petang semalam.

MARITIM Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal yang berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan empat batu nautika Timur Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor, petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Panama itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia kira-kira 3.30 petang di perairan Johor timur itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kapal tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 50 hingga 54 tahun. Kesemua mereka terdiri daripada warganegara Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar.

“Penahanan dilakukan setelah mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zulfadli berkata, pihaknya memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini