Dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN – Dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh diselamatkan oleh anggota bomba dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah mesra rakyat di Bukit Semelenggang dekat Taman Indah Tampin di sini petang ini.

KEADAAN rumah yang terbakar di Bukit Semelenggang, Tampin hari ini. – UTUSAN ONLINE/Ihsan Bomba

Kanak-kanak itu diselamatkan dari sebuah bilik di rumah berkenaan selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 2.43 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Helmi Ayoub berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.38 petang dan sepasukan lapan pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah bergegas ke tempat kejadian.

“Kami turut mendapat bantuan pasukan bomba dari Rembau dan Alor Gajah.

“Kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 80 peratus rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kanak-kanak itu telah diserahkan kepada bapa mereka yang tiba di rumah tersebut selepas diberitahu mengenai kebakaran tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini