Latif mahu pertahan pingat emas - Utusan Malaysia

Latif mahu pertahan pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga para negara, Abdul Latif Romly berhasrat mempertahankan pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, November ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang melakar rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter pada Sukan Asia 2018, bagaimanapun, tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada dirinya bagi memperbaiki jarak lompatan kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring.

“Catatan terbaik saya pada musim ini ialah 7.49 meter pada Terbuka Thailand, baru-baru ini, jadi saya kena lakukan lompatan lebih daripada 7.6 meter sekiranya saya mahu mempertahankan pingat emas dalam acara saya, sekali gus melakar emas hatrik sejak 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin pertahankan kejuaraan dunia kerana jurulatih (Syahrul Amri Suhaimi) berpendapat saya hanya perlu perbaiki teknik lompatan sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, Olahragawan Kebangsaan 2016 itu mengakui peluangnya untuk menyertai Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini mungkin sukar kerana perlu melepasi had kelayakan 7.75 meter, namun bertekad cuba mengatasi catatan berkenaan.

Untuk rekod, anak jati Perlis itu pernah beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun gagal meraih kedudukan podium.

“Mungkin sukar tapi saya akan cuba memandangkan saya telah melakukan lompatan 7.49 meter pada musim ini.

“Jika tidak berjaya, saya akan memberi tumpuan kepada Sukan Para ASEAN 2019,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini