Mourinho intai skuad kebangsaan - Utusan Malaysia

Mourinho intai skuad kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jose Mourinho mendedahkan di mahu kembali ke bidang pengurusan dan berhasrat mengendalikan pasukan kebangsaan.

Mourinho masih belum menerima sebarang tawaran selepas dipecat Manchester United pada Disember tahun lalu.

Pengendali Portugal itu dikaitkan dengan beberapa kelab tetapi Mourinho berkata, dia mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu mengendalikan skuad kebangsaan buat kali pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu bersaing dalam pertandingan baharu. Saya memikirkan Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.

“Saya memiliki keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sekarang ini saya melihat pasukan kebangsaan sebagai sesuatu yang menarik berbanding kelab baharu.

“Adakah Portugal pasukan yang terbaik untuk saya? Tidak semestinya,” kata Mourinho.

Mourinho bersama United untuk tempoh dua tahun setengah dan berjaya merangkul kejuaraan Liga Europa, Piala EFL dan Perisai Komuniti.

Dia juga pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali bersama Porto dan Inter Milan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini