Pecah amanah dapat sebatan - Utusan Malaysia

Pecah amanah dapat sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sebat tiga kali terhadap seorang juruwang bank selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dengan membuat penebusan Sijil Simpanan Premium milik pelanggan termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Shafiq Izzudin Ibrahim, 26, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa hari ini ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, tertuduh yang merupakan bekas juruwang Bank Simpanan Nasional telah melakukan pecah amanah dengan membuat penebusan Sijil Simpanaan Premium milik pelanggan berjumlah RM248,050.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh di Presint 2 Bank Simpanan Nasional Cawangan Putrajaya, dekat sini pada 2 Ogos hingga 2 Oktober 2012.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Khairiyah Samsudin dibuat Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini