Kencana Healthcare bangunkan hospital di atas tanah wakaf - Utusan Malaysia

Kencana Healthcare bangunkan hospital di atas tanah wakaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kencana Healthcare Sdn. Bhd. (Kencana Healthcare) akan membangunkan hospital pakar di atas tanah wakaf yang pertama seumpamanya di negara ini di Jalan Tahana, Bandar Baru Uda di sini yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2022.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, pembinaan sebuah hospital dan juga hotel di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM604 juta.

“Projek tersebut akan dibangunkan di atas tanas seluas 2.2 hektar dan bakal menyediakan 306 katil pesakit, 154 bilik hotel bertaraf empat bintang selain turut menyediakan lebih 1000 tempat letak kereta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembangunan di atas tanah wakaf itu merupakan projek perintis yang pertama seumpamanya di negara ini dan kami berharap projek sama dapat diperluaskan di negeri lain,” katanya kepada pemberita di tapak projek di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A. Rahman.

Ahmad Raziff berkata, projek itu dibangunkan sejajar dengan agenda kerajaan yang ingin memfokuskan kepada pembangunan yang memberikan impak tinggi dengan memberikan pulangan yang konsisten serta mapan sekali gus memberikan manfaat baik kepada penduduk setempat khususnya golongan asnaf.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, projek itu bakal memberikan kos keseluruhan pulangan balik kepada MAINJ dan PIJ bernilai lebih RM945 juta dalam tempoh 60 tahun iaitu bersamaan RM15.6 juta setahun dan RM1.3 juta sebulan melebihi kos komersial tanah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini