Mourinho sertai Portugal? - Utusan Malaysia

Mourinho sertai Portugal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jose Mourinho mengakui dia kini sedang mencari tugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya.

Bekas bos Manchester United, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Porto itu menganggur sejak kelihatan jawatannya di Old Trafford pada Disember lalu.

Terdapat banyak destinasi yang dikaitkan dengan dirinya namun Mourinho mahu sesuatu kelainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu bersaing dalam kejohanan yang baharu.

“Saya fikir tentang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah (Euro).

“Saya sudah mempunyai keinginan sejak dahulu lagi untuk berdepan dengan cabaran seperti ini. Buat masa sekarang, saya melihat diri saya lebih berminat untuk mengemudi skuad kebangsaan berbanding kelab.

“Adakah Portugal pasukan tepat untuk saya? Tidak semestinya,” kata Mourinho.

Bagaimanapun, terdapat cakap-cakap bahawa Mourinho sedang mempertimbangkan untuk menerima jawatan di Stamford Bridge selaku pengurus buat kali ketiga tetapi Frank Lampard menjadi pilihan untuk mengambil alih Chelsea selepas Maurizio Sarri meninggalkan kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini