IPG bagi Mei 2019 teraktif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak - Utusan Malaysia

IPG bagi Mei 2019 teraktif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi bulan Mei 2019 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berikutan harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, pada bulan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, LGM berkata pada Mei, harga purata getah peringkat ladang bagi getah beku mangkuk ialah sebanyak RM2.40 sekilogram bagi Semenanjung, RM2.10 sekilogram di Sabah dan RM2.20 sekilogram di Sarawak.

Oleh itu, jumlah pembayaran yang akan dilaksanakan ialah sebanyak 10 sen sekilogram bagi Semenanjung, 40 sen sekilogram bagi Sabah dan 30 sen sekilogram bagi Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran Mei 2019 mulai 1 Jun 2019 hingga 30 Jun 2019,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini