Warga emas tertekan pedal rempuh tiga pelanggan - Utusan Malaysia

Warga emas tertekan pedal rempuh tiga pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Tiga pelanggan yang sedang minum di sebuah restoran dekat Jalan Temenggung 19/9, Mahkota Cheras berdepan detik cemas selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.13 malam itu dikatakan berpunca apabila pemandu kereta warga emas berusia 73 tahun ‘terlupa’ bahawa dia sudah menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear lalu menekan pedal minyak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, akibat daripada itu, kereta Perodua Myvi miliknya terus bergerak sebelum hilang kawalan lalu melanggar sebuah kedai makan yang berada di hadapannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, lelaki berkenaan hendak memulakan pemanduan dan menyangka kenderaannya masih belum dihidupkan.

“Dia kemudian memasukkan gear dalam keadaan ‘D’ dan menekan minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, ketiga-tiga mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini