Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan mata wang serantaunya disebabkan sentimen positif daripada pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang akan datang apabila mereka dijangka berbincang mengenai pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1730/1760 berbanding dolar US daripada 4.1800/1830 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata, pertemuan yang akan diadakan pada 28 dan 29 Jun di Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun diharap mempunyai penyelesaian kepada perang perdagangan yang meningkat melibatkan dua kuasa besar ekonomi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap gencatan dicapai dan ketegangan akan berkurangan,” katanya.

Positif dalam kalangan pelabur turut mendorong kepada peningkatan harga minyak.

Sehingga 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent sebanyak AS$62.49 (RM260.99) setong berbanding AS$60.46 (RM252.51) setong semalam.

Selain perang perdagangan, laporan mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah telah meningkatkan sentimen pelabur terhadap pasaran sedang pesat membangun.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut kepada 5.2421/2476 daripada 5.2355/2409 pada Selasa, dan naik berbanding euro kepada 4.6729/6780 daripada 4.6745/6795.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0518/0551 daripada 3.0471/0497 dan meningkat berbanding yen kepada 3.8436/8474 daripada 3.8596/8635 semalam. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini