Tuan Ibrahim, Muhammad Khalil tampil berpakaian ala pahlawan Melayu - Utusan Malaysia

Tuan Ibrahim, Muhammad Khalil tampil berpakaian ala pahlawan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 yang berlangsung di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini menyaksikan beberapa pemimpin kanan parti itu tampil berpakaian pahlawan Melayu.

Penampilan berbeza Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang lengkap bertanjak ketika memasuki dewan persidangan menarik perhatian ramai.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin Pas lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas pernah digelar ‘Pendekar Mustar’ oleh pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda Pas di Kelantan, pada 2016.

Sebelum memasuki dewan persidangan, Muhammad Khalil mengayuh beca dengan Tuan Ibrahim sebagai penumpangnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini