Apa pendirian Dr. Maszlee Malik? - Utusan Malaysia

Apa pendirian Dr. Maszlee Malik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kenyataan terbaru Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengenai penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) menimbulkan kemarahan umat Islam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Mohd. Khairul Ishak berkata, tindakan Nie Ching secara terang-terangan membuka penglibatan masyarakat bukan beragama islam dalam menyampaikan buah fikiran dan pandangan berkaitan Pendidikan Islam menjadi persoalan utama dan tidak wajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah ini dasar pendidikan malaysia baharu? Ironinya, biarlah hal berkaitan pendidikan Islam ini dibicarakan oleh kelompok cendekiawan dan ilmuan agama yang mahir dalam Pendidikan agama Islam.

“Apakah relevan dan keperluan ianya dibuka kepada bukan Islam? Sepatutnya kenyataan ini dibuat Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Semalam Nie Ching menerima kecaman hebat selepas membuat hantaran di Facebook mengenai hasrat kementerian itu

mewujudkan PPKPI bagi meneliti isu-isu membabitkan pendidikan Islam.

Dalam hantaran itu, Nie Ching mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada PPKPI.

Mohd. Khairul berkata, seharusnya perkara itu perlu diulas dan diperbincangkan oleh golongan agamawan, mufti, kadi dan pegawai-pegawai hal ehwal Islam di jabatan-jabatan kerajaan kerana perlu melihatnya.

“Tegurlah jika perlu. Bertindak sebelum terlambat. Amat perlu pandangan tegas selaku mufti tidak hanya mengulas mengenai perkara tertentu sahaja, seharusnya isu ini perlu dirujuk kerana melibatkan masa depan pendidikan agama islam anak-anak kita.

“Kesucian Agama Islam harus wajib dibela dan dipertanggungjawab oleh sekelian Umat Islam di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini