PATI 18 Jun – Seorang penjual bakso dari Desa Winong, Jawa Tengah mengejutkan banyak pihak apabila menyediakan mas kahwin berupa dua buah kenderaan ketika menikahi gadis pujaannya, baru-baru ini.
Lapor portal Liputan6, tidak seperti kebanyakan orang lain yang memberikan mas kahwin berupa barang perhiasan atau set peralatan solat, Ucok Budianto, 28, menghadiahkan kereta model Toyota Fortuner dari siri VRZ dan sebuah motosikal kepada pasangannya, Mega Tristiani.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Desa Talun, mukim Kayen dekat daerah Tati.
Sejumlah anggota Komuniti Anak Asli Pati (KAAP) dan Wong Pati Kidul (WPK) menularkan berita majlis perkahwinan berkenaan.
Bagi pengguna internet, Ucok telah memecahkan tradisi perkahwinan di kawasan luar bandar.
Malah, terdapat juga pengguna internet memberikan pelbagai komen berbentuk lucu.
Harga bagi sebuah Toyota Fortuner boleh mencecah sehingga 500 juta rupiah (RM145,932) dan mempunyai nilai cukai yang tinggi.
Bagi Fortuner siri VRZ milik Ucok, nilai cukainya mencecah 8 juta rupiah setiap tahun (RM2,334) setahun. – AGENSI











