Samun di rumah banglo, dua lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Samun di rumah banglo, dua lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua ditahan manakala tiga lagi diburu polis, bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Sembulan, di sini yang menyebabkan anggaran kerugian RM80,000 pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata penangkapan dua daripada lima lelaki itu berjaya dilakukan hasil siasatan dan risikan pihaknya di kawasan Plaza 2 Lyuang di sini, pada Sabtu.

“Kami telah mengenal pasti identiti tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes ini, dan usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis juga telah merampas sebuah kereta, sebuah telefon bimbit dan beberapa penutup muka, dipercayai digunakan suspek, semasa melakukan samun tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Habibi berkata, kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 41, dan 48 tahun itu juga mempunyai rekod kesalahan penyalahgunaan dadah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini