Bibi Ramjani akhirnya letak jawatan - Utusan Malaysia

Bibi Ramjani akhirnya letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Selepas berdepan pelbagai desakan, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Pengumuman itu dibuat dalam Facebook rasmi beliau hari ini, sekali gus membuka laluan kepada calon presiden baharu yang dijangka dipilih dalam masa terdekat.

Usahawan batik itu gagal memacu Kelantan ke landasan lebih baik sejak mengambil alih KAFA pada 18 September 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain dibelenggu isu hutang dan tunggakan gaji pemain, The Red Warriors yang satu ketika pernah menjadi gergasi bola sepak tanah air bagaimanapun tersungkur ke Liga Perdana musim ini.

Malah, pasukan itu berdepan risiko jatuh lebih teruk ke divisyen ketiga musim depan selepas menghuni tangga kedua tercorot liga ketika ini.

“Saya Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya..semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baharu..

“Terima kasih kapada semua penyokong yang tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA..mohon maaf dari saya kepada semua sepanjang saya memimpin KAFA.

“Saya mohon komen yang tidak menyentuh perasaan anak-anak saya,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini