Kediaman pemain La Liga menjadi sasaran perompak - Utusan Malaysia

Kediaman pemain La Liga menjadi sasaran perompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Kemewahan yang dikecapi bintang bola sepak dunia yang meraih pendapatan jutaan ringgit seminggu, kini menjadi tumpuan perompak.

Pengurusan Real Madrid, memberi amaran kepada pemain-pemainnya agar berhati-hati berkongsi status di media sosial yang boleh memberi informasi tambahan kepada perompak untuk melakukan rompakan di kediaman mereka.

Terbaharu, pemain tengah, Lucas Vazquez menjadi mangsa terbaharu rompakan di rumahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan pertahanan Raphael Varane serta pemain tengah Isco antara 16 mangsa rompakan berprofil tinggi daripada pasukan La Liga, di mana kediaman mereka menjadi sasaran perompak sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan media Sepanyol, Vazquez menyedari beberapa barang-barang peribadinya dan milik keluarga telah hilang sebaik sahaja pulang daripada bercuti.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu, bersama isterinya Macarena Rodriguez tidak berada di kediaman kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan kelabnya, Sergio Ramos.

Semua aktiviti yang dikongsi di laman sosial seperti Twitter dan Instagram dipercayai membuka peluang kepada kejadian tersebut berlaku.

Pihak polis Sepanyol juga mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap kejadian yang berlaku kepada skuad Real Madrid ini.

Sementara itu, kediaman Isco dan Zidane telah dimasuki perompak pada awal bulan ini ketika berlangsung perlawanan melibatkan Real Madrid.

Dalam pada itu, sepanjang tahun lalu, bintang Barcelona, ​​Jordi Alba, Philippe Coutinho, Gerard Pique, Arthur dan Kevin-Prince Boateng turut dilaporkan menjadi mangsa rompakan.

Begitupun, keluarga Alvaro Morata mengalami pengalaman paling buruk apabila isterinya, Alice dan dua anak kembarnya, Alessandro serta Leonardo dimasuki perompak ketika mereka berada dalam kediaman, sewaktu penyerang Sepanyol itu mempunyai tugasan bersama pasukan kebangsaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini