LONDON – Francesco Totti berkata, meninggalkan Roma selepas 30 tahun umpama seperti mati apabila membuat keputusan melepaskan jawatan pengarah kelab Serie A itu.
Pemenang Piala Dunia itu telah menghabiskan sepanjang karier profesionalnya sebagai pemain bola sepak bersama Roma apabila mengumumkan persaraan pada Julai 2017 sebelum menyambung khidmat di peringkat pengurusan selepas itu.
Difahamkan hubungan dia dan presiden kelab itu, James Pallotta retak sehingga memaksa Totti membuat keputusan meninggalkan Roma.
“Saya bersara sebagai kakitangan eksekutif Roma.
“Saya sedar ini adalah satu keputusan yang amat sukar buat saya kerana terlalu menyayangi kelab ini.
“Meninggalkan Roma umpama seperti mati malah saya merasakan adalah lebih baik jika saya mati sahaja,” kata Totti.
Roma menamatkan aksi musim lepas di kedudukan keenam sekali gus terlepas peluang untuk mendapatkan slot ke saingan Liga Juara-Juara bagi musim depan. – AGENSI











