Bila Ultraman ada motosikal - Utusan Malaysia

Bila Ultraman ada motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Siri kartun Ultraman tidak asing lagi bukan sahaja kanak-kanak tetapi golongan dewasa yang mengikuti rancangan itu sejak dulu lagi.

Peminat tegar karakter wira Jepun itu, Ultraman di negara ini kini boleh memperoleh model edisi khas motosikal Yamaha Y15ZR Ultraman dengan harga RM12,688.

Laman sesawang automotif, paultan.org dalam laporannya berkata, edisi terhad yang dihasilkan sebanyak 100 unit itu hanya boleh didapati dari Welly Assorted di Rawang, Selangor dan merupakan produk berlesen rasmi daripada ejen pelesenan Ultraman Malaysia Taigaco dengan penghantaran bermula pada Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Eksklusif ke pasaran Malaysia, Y15ZR Ultraman dilengkapkan dengan semburan cat dengan warna perak dan merah seperti warna karakter wira Jepun itu.

“Sebagai sebahagian daripada pakej edisi terhad, Y15ZR Ultraman juga dilengkapi dengan aloi brek Rapida boleh laras dan tuil klac, pengawal radiator aloi dan penutup enjin Yamaha.

“Juga termasuk adalah plat nombor edisi terhad yang terletak dan pembeli boleh memilih nombor edisi yang mereka inginkan, tertakluk kepada ketersediaan. Ia juga dilengkapi sijil keaslian, lambang edisi terhad, t-shirt Ultraman eksklusif, poskad dan gambar di sebalik tabir,” kata laporan dalam laman sesawang itu semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini