Norway, China, Sepanyol mara ke pusingan 16 terbaik - Utusan Malaysia

Norway, China, Sepanyol mara ke pusingan 16 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Norway mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terbaik Piala Dunia Wanita bersama China dan Sepanyol selepas menewaskan Korea Selatan 2-1, sementara Perancis dan Jerman mendahului kumpulan masing-masing dengan kemenangan ke atas Nigeria dan Afrika Selatan.

Caroline Graham Hansen membuka tirai jaringan awal buat Norway selepas pertahanan Korea Selatan, Cho So-hyun melakukan kekasaran terhadap Maria Thorisdottir pada minit ketiga menerusi sepakan penalti.

Selepas bersambung babak kedua, Caroline yang merupakan penyerang Barcelona dijatuhkan pertahanan Korea Selatan dalam kotak penalti dan sepakan itu disudahkan Isabell Herlovsen untuk merampas kedudukan kedua Kumpulan A.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan Korea Selatan meraih gol saguhati menerusi Yeo Min-ji, 12 minit sebelum tamat permainan.

“Saya tidak mengetahuinya (bermain pusingan seterusnya) lagi namun doktor sangat positif mengenainya dan saya akan OK.

“Pasukan Korea Selatan lebih baik daripada apa yang kami jangkakan, namun kami tidak beraksi begitu baik hari ini jadi kami gembira apabila berjaya melepasi peringkat kumpulan,” kata Caroline yang terpaksa dikeluarkan akibat kekasaran tersebut.

Pada pusingan seterusnya barisan kendalian Martin Sjogren akan berdepan sama ada Itali, Brazil atau Australia, yang dijangka mara ke pusingan berikutnya dalam pertarungan kumpulan C esok. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini