RIYADH 18 Jun – Pasukan keselamatan Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua dron sarat bahan letupan milik pemberontak Yemen dengan satu daripadanya menyasarkan sebuah bandar di selatan negara ini, semalam.
Dron itu menyasarkan kawasan awam di bandar Abha manakala dron kedua ditembak jatuh di ruang udara Yemen sejurus ia dilancarkan ke arah Arab Saudi.
Jurucakap tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi berkata, tiada kemalangan jiwa akibat serangan itu, lewat malam tadi. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











