BEIJING 18 Jun – Korban gempa di wilayah Sichuan terus meningkat kepada 13 orang manakala 199 lagi cedera hari ini ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat dan mangsa terselamat daripada sisa runtuhan bangunan.
Lebih 4,000 orang dipindahkan ke penempatan sementara ketika puluhan struktur sama ada rosak atau tumbang ekoran kejadian tengah malam semalam di luar bandar Yibin.
Kerajaan bandar Yibin berkata, sebanyak sembilan orang maut di pekan Changning manakala tiga lagi di pekan Qixian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lapor Xinhua, lebih 50 penduduk yang cedera mendapatkan rawatan di dua buah hospital di bandar Yibin. – AFP











