Lesap RM11,000 ditipu rakan WeChat - Utusan Malaysia

Lesap RM11,000 ditipu rakan WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang wanita berusia 40 tahun di sini mengalami kerugian RM11,000 selepas diperdaya dalam urusan tukaran wang asing melalui aplikasi WeChat dalam satu kejadian baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa menghantar pesanan melalui WeChat kepada seorang lelaki yang menggunakan akaun CyanWong1991 pada Ahad lalu.

Ujar beliau, wanita itu menghubungi suspek untuk melakukan urusan tukaran mata wang Yuan kerana ingin membeli seutas rantai kristal daripada seorang peniaga di China secara online.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu telah membuat pindahan wang ke dalam akaun seorang lelaki. Selepas menerima wang, suspek berjanji untuk menukarkan ia ke dalam mata wang China dan memasukan jumlah amaun itu ke akaun WeChat milik mangsa.

“Sehingga tarikh laporan ini dibuat (semalam), pengadu masih belum mendapat semula wang tukaran tersebut,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa yang merupakan seorang peniaga terbabit membuat laporan di Balai Polis Kerdau di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini