57 rumah rosak akibat ribut - Utusan Malaysia

57 rumah rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Sebanyak 57 buah rumah melibatkan tujuh kampung di sini mengalami kerosakan bumbung akibat kejadian ribut pada pukul 5 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, kampung terlibat ialah Kampung Haji Ali, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik dan Kampung Paya Dalam.

“Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Bangau Parit, Kampung Tebing Tinggi Sanggang dan Kampung Batu Satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah beliau, kira-kira 280 mangsa terlibat kini menumpang di rumah keluarga dan saudara mara masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini