Al-Rajhi lancar platform perbankan digital baharu - Utusan Malaysia

Al-Rajhi lancar platform perbankan digital baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Al Rajhi Malaysia melancarkan pelayar web perbankan mudah alih dan internet baharu, alrajhi@24seven.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Chen berkata, alrajhi@24seven menawarkan kepada pelanggan akses tanpa gangguan kepada perkhidmatan perbankan atas talian, termasuk membuat semakan baki akaun dan transaksi, pindahan segera wang dan Duit Now.

“Kami memerlukan perbankan internet kami mencerminkan institusi kewangan Al-Rajhi pada hari ini, yang menggabungkan perbankan ke dalam keperluan gaya hidup digital pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan terus membangunkan penyelesaian inovatif berasaskan teknologi, seiring dengan agenda Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan masyarakat tanpa tunai dan meningkatkan urus niaga pembayaran elektronik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aplikasi perbankan mudah alih alrajhi@24seven akan tersedia di platform sistem operasi telefon pintar (OS) seperti Apple iPhone’s iOS dan Android Os Google tidak lama lagi. BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini