Adakah kerjasama Pas, UMNO menguntungkan rakyat Malaysia? - Utusan Malaysia

Adakah kerjasama Pas, UMNO menguntungkan rakyat Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan sama ada kerjasama Pas dan UMNO yang didakwa sering memainkan sentimen agama dan bercita-cita merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh menguntungkan rakyat Malaysia.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak yakin bahawa kerjasama antara kedua-dua parti itu mampu menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik, melainkan hanya bermatlamat untuk memenangi pilihan raya umum.

Sebaliknya kata beliau, kerjasama komponen Pakatan Harapan (PH) pula berbeza kerana mempunyai matlamat dan perjuangan jelas untuk membentuk Malaysia baharu yang bebas daripada rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak terkejut dengan usaha itu (kerjasama Pas dan UMNO) cuma berbanding kami dulu (PH) adalah bergabung bagi memerangi rasuah, mahukan jadikan kerajaan lebih telus, reformasi secara berstruktur dan sebagainya. Itu perjuangan kita.

“Soalan saya, Pas kamu bergabung dengan UMNO untuk apa? Adakah hendak buat negara jadi lebih baik. Cuma yang ada mereka hanya menggunakan isu perkauman dan agama bagi menarik sokongan orang Melayu.

“Adakah isu ini (perkauman) boleh menguntungkan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, mengambil alih kuasa pentadbiran pada pilihan raya umum akan datang, merupakan antara perundingan yang dibincangkan antara Pas dan UMNO dalam kerjasama yang dimeterai oleh dua parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, rundingan menerusi pembentukan Piagam UMNO-Pas berkenaan turut dibuat dari sudut kawasan bertanding dan calon.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan konsisten sejak daripada dahulu tidak mengiktiraf amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Katanya, pendirian itu amat jelas namun malangnya telah diputar belit oleh sesetengah pihak yang dilihat bermotifkan politik.

“Banyak kali ditegaskan kita tidak terima amalan (LGBT) kerana ia bertentangan dengan agama. Kita hanya mendekati dan mengajak mereka kembali kepada fitrah bukan mengiktirafnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini