Tiada perubahan digital terhadap video - Media Australia - Utusan Malaysia

Tiada perubahan digital terhadap video – Media Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontroversi penyebaran video seks melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang individu didakwa mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mendapat perhatian dan liputan daripada media antarabangsa.

Malah sebuah agensi media Australia, SBS News turut mendapatkan pandangan beberapa pakar bagi mengulas ketulenan video tersebut yang kini juga berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut satu laporan artikel yang disiarkan SBS News hari ini, walaupun pakar-pakar tersebut tidak dapat mengesahkan sama ada individu dalam video tersebut ialah Mohamed Azmin ataupun tidak namun mereka bersetuju bahawa tidak ada kelihatan sebarang pengubahan digital telah dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar forensik digital, Kevin Nguyen berkata, berdasarkan beberapa analisis forensik yang dilakukannya, didapati tiada bukti terdapatnya manipulasi foto atau imej dalam video berkenaan.

“Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa. Saya menjalankan beberapa analisis forensik terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej.

“Sekiranya ini ‘Deepfake’, ia sangat baik,” katanya seperti dilaporkan SBS News.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, Giorgio Patrini pula berpandangan, kualiti video intim tersebut terlalu rendag untuk membolehkan satu analisis muktamad diperoleh.

“Tiada seorang pun daripada penganalisis boleh mengesahkan bahawa Azmin merupakan lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan tersebut.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata, terdapat beberapa perkara tertentu yang perlu diberikan perhatian dalam menyiasat ketulenan video berkenaan.

“Ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon walaupun rupa itu boleh dibuat pada peringkat pasca produksi.

“Ia juga dirakam dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini