87 orang hilang sudah kembali ke pangkuan keluarga - Utusan Malaysia

87 orang hilang sudah kembali ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai 87 daripada 143 orang hilang yang berusia bawah 18 tahun yang dilaporkan sebelum ini sudah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat sekali gus mereka tidak terlibat dengan sebarang kes atau menjadi mangsa jenayah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, seramai 143 orang dilaporkan sebelum ini adalah disebabkan pihak keluarga tidak memaklumkan semula kepada polis berhubung kepulangan anak mereka dan menyebabkan jumlah diberi itu bukan yang terkini.

“Daripada 143 orang hilang daripada tempoh 2015 hingga tahun ini, seramai 56 masih dilaporkan hilang masing-masing melibatkan 28 lelaki dan 28 perempuan dengan statistik tertinggi direkodkan di bawah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini diikuti IPD Kulai (10 orang), IPD Iskandar Puteri (lapan orang), IPD Johor Bahru Selatan (tujuh orang), IPD Seri Alam (lima orang), IPD Kota Tinggi (empat orang) dan IPD Batu Pahat, IPD Kluang serta IPD Pontian masing-masing dua orang manakala IPD Segamat seorang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad.

Mohd. Khalil berkata, antara sebab mereka hilang atau keluar rumah adalah kerana mengikut rakan, mengikut kekasih atau tekanan perasaan dan keluarga.

Justeru, beliau menyeru orang ramai memaklumkan kepada pihak polis apa jua perkembangan terkini mengenai orang hilang termasuk kepulangan mereka ke pangkuan keluarga supaya pegawai penyiasat dapat mengemas kini siasatan dan statistik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini