Air mata iringi jaringan Thailand - Utusan Malaysia

Air mata iringi jaringan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE – Thailand mungkin sudahpun tersingkir daripada Piala Dunia Wanita 2019, tetapi air mata kegembiraan mengiringi kekalahan 1-5 mereka kepada Sweden, semalam.

Negara Gajah Putih itu dibelasah 0-13 kepada Amerika Syarikat, minggu lepas, dan juara dunia tersebut dikritik hebat ekoran tindakan meraikan jaringan mereka secara keterlaluan.

Dalam perlawanan kedua menentang Sweden, Thailand dibolosi 0-3 dalam babak pertama permainan dan menyaksikan keputusan itu, pasukan dari Asia Tenggara tersebut sudah membayangkan untuk menempah tiket pulang ke tanah air dari Perancis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, sewaktu permainan memasuki masa kecederaan dan Sweden selesa mendahului 4-0, sesuatu yang indah berlaku kepada skuad tersebut.

Thailand akhirnya berjaya membolosi pintu gol Sweden, hasil jaringan Kanjana Sungngoen yang menyempurnakan rembatan kencang untuk gol sagu hati pasukannya. Apa yang menarik perhatian ialah detik sewaktu jaringan tersebut dicipta.

Para pemain mungkin tidak begitu ghairah dengan jaringan tersebut, tetapi pengurusan pasukan termasuk pengurus, Nualphan Lamsam mengalirkan air mata menyaksikan gol berkenaan.

Lamsam sanggup mengeluarkan wangnya sendiri untuk skuad Thailand, malah, memberi pekerjaan kepada ramai pemain negara itu di mana dia merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Insurans Muang Thai.

Jika bukan kerana wanita itu, Thailand tidak mungkin mampu menjejakkan kaki ke Piala Dunia. Thailand mungkin dibolosi 18 gol dalam dua perlawanan dan tersingkir daripada Piala Dunia, tetapi mereka tidak akan melupakan jaringan tersebut.

Tanpa mengira siapa yang anda sokong, anda pasti tidak dapat mengelak daripada berasa tersentuh dengan detik tersebut. Sweden mungkin melakar kemenangan besar 5-1, tetapi semua itu tidak penting.

Thailand kini hanya berharap dapat menamatkan kempen Piala Dunia dengan bergaya menentang Chile, yang juga telahpun tersingkir selepas tumpas kepada Amerika Syarikat, hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini