JPJ Terengganu nafi langgar pelesit rempit - Utusan Malaysia

JPJ Terengganu nafi langgar pelesit rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menafikan dakwaan kononnya anggota penguatkuasanya telah melanggar seorang lelaki dipercayai pelesit rempit yang melarikan diri daripada satu operasi di Kampung Seberang Pintasan di sini semalam.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 20-an itu sebenarnya telah melarikan diri selepas terjatuh daripada motosikalnya yang dikejar anggota penguat kuasa terbabit.

“Sebelum kejadian, sepasukan anggota penguat kuasa JPJ sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan lelaki itu yang sedang menunggang motosikal Yamaha RXZ secara laju dan berbahaya di Jambatan Kampung Seberang Pintasan di sini pada pukul 6 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia enggan memberi kerjasama apabila diarah anggota penguat kuasa JPJ terbabit untuk memberhentikan motosikalnya tetapi sebaliknya telah memecut laju untuk melarikan diri,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, lelaki tersebut kemudiannya dipercayai telah terjatuh sebelum melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya di tepi jalan di Kampung Bijangga di sini.

Menurut beliau, anggota penguat kuasa JPJ telah menemui motosikal terbabit dengan bantuan beberapa penduduk kampung di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Jambatan Seberang Pintasan tidak lama kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini