Lelaki cederakan pekerja stesen minyak ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki cederakan pekerja stesen minyak ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau ditahan polis kerana mendatangkan kecederaan terhadap seorang pekerja stesen minyak di Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam. 

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima maklumat berhubung satu kemalangan membabitkan sebuah teksi dengan sebuah motosikal di persimpangan masuk ke stesen minyak berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dengan pekerja stesen minyak itu dan suspek dikatakan telah menggunakan sebilah parang untuk mencederakan mangsa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus kejadian itu, suspek cuba melarikan diri dengan memandu teksinya, namun gagal selepas dia terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal sebelum orang ramai menahannya sebelum diserahkan kepada polis.

“Pihak polis turut merampas sebilah parang berukuran 58 sentimeter yang digunakan suspek bagi mencederakan pekerja stesen minyak berkenaan. 

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga Sabtu depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini