Rebut peluang perniagaan di yBex@Selangor 2019 - Utusan Malaysia

Rebut peluang perniagaan di yBex@Selangor 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Hari Belia Negara yBex@Selangor 2019 yang bakal diadakan di The Summit Subang Jaya, USJ dekat sini pada 28 hingga 30 Jun ini.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam kenyataan memberitahu, program yang berlangsung selama tiga hari itu akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 9 malam.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya pameran, jualan produk usahawan belia selain berpeluang mendapatkan informasi terkini berkaitan usahawan daripada agensi-agensi yang mengambil bahagian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program itu juga secara tidak langsung turut memberi peluang kepada usahawan memperluaskan jaringan dan kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini