Geng Alan Boy tumpas - Utusan Malaysia

Geng Alan Boy tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta dikenali sebagai Geng Alan Boy dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan kereta di Batu 13, Sungai Tiram, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 29 hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket curi kereta berkenaan.

ISMAIL DOLLAH
ISMAIL DOLLAH 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 13 buah kenderaan termasuk dua buah motosikal yang ada dalam stor penyimpanan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan ke atas kenderaan tersebut mendapati tiga buah Proton Saga, dua buah Proton Iswara dan sebuah Honda Civic terlibat kes curi kenderaan.

“Semakan turut dilakukan ke atas dua rangka motosikal dan mendapati nombor chasis motosikal terbabit telah diganggu gugat,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Ulu Tiram di sini hari ini.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjalankan kegiatan mencuri dan meleraikan kereta sebelum bertindak menjual komponen kenderaan terbabit sebagai alat ganti kepada pihak ketiga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini