Kelindan maut lori rempuh belakang treler - Utusan Malaysia

Kelindan maut lori rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera setelah kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 219.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilom
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 219.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Taiping hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Mangsa berusia 32 tahun yang cedera parah ekoran tersepit di tempat duduk penumpang maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dihantar ke tempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.27 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di tempat kejadian, didapati lori lima tan dinaiki kedua-dua mangsa telah melanggar belakang sebuah treler.

“Kedua-dua lelaki yang berada di dalam lori itu cedera namun kelindannya yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan.

“Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.40 pagi,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini